Viral Restaurant

    Assalamualaikum , hari ini saya nak menceritakan tentang pengalaman saya makan di warung viral iaitu kedai makan Pecel Lele yang pernah diviralkan suatu ketika dahulu .

    Kedai Pecel Lele ini terletaknya di Padang Jawa  , Shah Alam .  Destinasi kali ini salah satu merupakan dimana tempat makan yang murah dan sedap boleh didapati di Shah Alam . Pada mereka yang minat pada masakan menu ala-ala orang Jawa seperti bakso bebola daging , nasi ayam penyet , nasi keli penyet & sebagainya boleh menyinggah dan rasa sendiri kelazatan dengan harga berpatutan . 

    Maka tidak hairanlah tempat makan ini sentiasa dipenuhi orang terutamanya kepada pelajar kerana harganya yang sangat mampu milik dan jarang sekali kita dapat merasa air tangan tradisi sebenar orang Jawa .

     Jadi , sebaiknya datang sebelum waktu makan tengahari bagi mengelakkan kesesakan . Makan di sini pengunjung perlu order di kaunter dan seterusnya makanan akan dihantar terus ke meja . Akan tetapi kedai ini sedikit sesak bermula tengahari sehingga petang . Pada yang tidak sempat menyinggah pada waktu itu bolehlah datang pada malamnya . Kedai ini beroperasi 24jam jadi tidak perlu dibimbangkan .

   Secara tidak langsung kedai makan Pecel Lele ini sentiasa menjadi kegemaran orang ramai kerana makanan yang selalu memuaskan hati walaupun agak sesak tetapi sentiasa diingati . Pada yang berminat ingin merasa masakan ala Jawa pula boleh cuba datang ke alamat ini

Jalan Berangan, Kampung Padang Jawa, Shah Alam, Selangor 40200

Sedikit Gambar Yang Saya Kongsikan

Counter Memesan dan Bayaran

Ruang Makan Yang Desediakan

Ruang Makan Yang Disediakan

Counter Hadapan

Nasi Pecel Ayam

                                    Terima kasih Kerana Sudi Berkunjung Di Blogger Saya

Comments

Popular Posts