Fine Dining restaurant

     Assalamualaikum, hari ini saya nak bercakap tentang tempat makan Fine Dining yang sesuai dimakan beramai ramai bersama keluarga. Al- Rawshah Satu destinasi makan-makan untuk mereka yang gemarkan makanan dari tanah Arab. Di restoran ini, menu makanannya lebih kepada Arab Yamani dengan menu makanan yang mungkin biasa kita dengar seperti nasi kabsha, nasi mandy & ada juga puluhan menu lain yang memang sangat jarang kita dengar. 

     Ruangan dalamannya memang mewah & lapang sesuai untuk gathering kecilan atau secara besar-besaran, kedai ini sesuai untuk makan bersama ahli keluarga. Tengtang Harga makanan disini boleh dikatakan agak mahal, akan tetapi amat berbaloi bila anda Mengeluarkan duit untuk makanan yang lazat dan makan di tempat yang selesa.

     Al-Rawshah ini juga menyediakan tempat parking yang agak sempit, jika anda mahu datang pastikan call pihak Al-Rawshah untuk membuat tempahan makanan dan tempat untuk parking kereta.

    Banyak makanan yang disediakan di Al-Rawshah ini , dan bila dibulan puasa Al-Rawshah akan membuat prmotion untuk and membuka puasa disini , Dan mereka menyedikan buffet pada bulan puasa. Harganya ialah RM35 untuk satu kepala.

Disini juga Saya Ada Menyediakan Sedikit Gambar-gambar Untuk Dikongsikan Kepada Anda.


Ruang Makan Didalam Al-Rawshah

Ruang Hadapan Al-Rawshah

Pintu Masuk Utama Al-Rawshah

Gambar Bangunan Al-Rawshah

Sedikit Menu Yang Disediakan
Al Rawshah ini terletak Di Shah Alam Seksyen 7 , Disini juga saya ingin memberikan alamat penuh Al-Rawshah ini :-

2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Operation Hour - 10.00AM - 12.00AM

Comments

Popular Posts