Kantin Sekolah
Assalamualaikum ,
Hari ini saya ingin menceritakan tentang kantin di Sekolah Menengah Seksyen 7 , Shah Alam . Suasana di kantin sekolah sangat riuh rendah apabila tiba waktu rehat mereka . Ada sesetengah murid membawa bekalan makanan dari rumah . Sesetengah murid pula ada yang beratur untuk membeli makanan dan minuman .
Cantik , bersih dan kemas kantinnya . Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan dan dijual di kantin sekolah ini . Misalnya mi goreng , nasi lemak , bihun sup , roti dan pelbagai jenis kuih boleh dilihat . Semua makanan disusun dengan rapi dan ditutup dengan penutup plastik supaya tidak dicemari udara kotor .
Disediakan juga besi hadangan untuk murid beratur dengan disiplin . Selepas murid-murid habis membeli makanan , mereka akan mencari tempat duduk bersama rakan-rakan mereka dan selepas itu mereka menikmati hidangan makanan yang mereka beli tadi di kantin.
Selepas makan murid-murid akan meletakkan pinggan yang sudah sudah digunakan kedalam besen yang disediakan . Sampah yang tidak berguna lagi akan dibuang kedalam tong sampah . Pengawas yang ditugaskan pada hari itu akan menjaga kantin dan mengawasi setiap murid di situ . Kemudahan setiap penjuru disediakan sinki dan sabun basuh tangan untuk murid membasuh tangan sebelum masuk waktu belajar lagi .
Apabila waktu rehat tamat , mereka akan bergegas balik ke kelas masing masing untuk menyambung pelajaran mereka . Suasana yang riuhh tadi menjadi suram kembali . Di Sini Saya Ingin Mengkongsikan Kepada Anda Beberapa Gambar .
Disini sahaja yang saya boleh ceritakan tentang kantin sekolah di Sekolah Menengah Seksyen 7 Shah Alam

Tempat Beratur Untuk Membeli Makanan |
Tempat Beratur Untuk Membeli Makanan |
Ruang Pelajar-Pelajar Sekolah Untuk Makan |
Tempat Jual Kueh-Kueh |
Tempat Nasi Ayam dan Nasi Lemak Dijual |
Ruang Pelajar Untuk Makan |
Ruang Melepak Di Sebelah Kantin |
Tempat Menbeli Air Dan Sebagainya |
Gambar Kantin Dan Ruang Lepak |
Comments
Post a Comment